Select Page

E-wallet (Bahasa Melayu Baku : E-dompet) telah berkembang pesat di Malaysia sejak beberapa tahun lepas dan dengan lebih 40 lesen e-wallet yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia setakat ini. Oleh kerana e-wallet menjadi lebih diterima secara meluas di kedai-kedai runcit, kedai F & B, pasar raya, dan juga vendor kecil di seluruh negara, nampaknya seperti dompet-dompet bergerak ini akan menjadi landskap utama pembayaran negara. Jadi, jika anda belum lagi menggunakan e-wallet, atau masih mempunyai keraguan tentangnya, inilah penerangan asas untuk memberi kefahaman kepada anda.

Apa itu e-wallet?

E-wallet sebenarnya bertindak seperti bagaimana dompet biasa, kecuali duitnya ada berbentuk digital dan e-wallet wujud sebagai aplikasi dalam telefon bimbit anda. Sama seperti dompet biasa, anda perlu memasukkan dana (top up/reload) ke dalam dompet anda. Kebanyakan penyedia perkhidmatan e-wallet ini memberi kemudahan untuk top up melalui perbankan dalam talian, kad debit dan kad kredit. Kalau nak lebih mudah (tapi berisiko-duit lagi laju keluar, kah!) tambatkan (link) sahaja kad bank anda untuk reload secara automatik. Sebaik sahaja anda mempunyai wang dalam e-wallet anda, anda boleh menggunakannya untuk membayar pada pedagang dengan pelbagai cara termasuk mengimbas kod QR atau “sentuh dan bayar” (tap and pay) dengan fungsi NFC telefon. Kebanyakan e-wallet juga membolehkan anda dengan segera memindahkan wang kepada rakan-rakan yang menggunakan e-wallet terus ke dalam aplikasi.

Anda pasti selalu dengar e-wallet yang  popular seperti GrabPay, Boost, dan Touch ‘n Go eWallet. Tetapi, adakah anda tahu bahawa terdapat sejumlah 46 penerbit e-money rasmi yang dikawal oleh Bank Negara Malaysia? Daripada 46 pengeluar e-wallet ini, hanya 5 daripada mereka bank – selebihnya adalah semua organisasi bukan bank.

Banks

  1. AmBank (M) Berhad
  2. Bank of China (M) Berhad
  3. CIMB Bank Berhad
  4. Malayan Banking Berhad
  5. RHB Bank Berhad

Non-banks

  1. AEON Credit Services (M) Berhad
  2. AirPay Malaysia Sdn. Bhd.
  3. Alipay Malaysia Sdn. Bhd. (formerly known as helloPay Malaysia Sdn. Bhd.)
  4. Axiata Digital eCode Sdn. Bhd.
  5. Bandar Utama City Centre Sdn. Bhd.
  6. BigPay Malaysia Sdn. Bhd.
  7. Chevron Malaysia Limited
  8. DIV Services Sdn. Bhd. (formerly known as ePetrol Services Sdn. Bhd.)
  9. Fass Payment Solutions Sdn. Bhd.
  10. Finexus Cards Sdn. Bhd. (formerly known as MAA Cards Sdn. Bhd.)
  11. Fullrich Malaysia Sdn Bhd
  12. Gkash Sdn. Bhd.
  13. Google Payment Malaysia Sdn. Bhd. 
  14. GPay Network (M) Sdn. Bhd.
  15. Instapay Technologies Sdn. Bhd.
  16. iPay88 (M) Sdn. Bhd.
  17. I-Serve Payment Gateway Sdn. Bhd.
  18. JuruQuest Consulting Sdn. Bhd.
  19. KiplePay Sdn. Bhd. (formerly known as Webonline Dot Com Sdn. Bhd.)
  20. ManagePay Services Sdn. Bhd.
  21. Maxis Broadband Sdn. Bhd.
  22. Merchantrade Asia Sdn. Bhd.
  23. Mobile Money International Sdn. Bhd.
  24. MobilityOne Sdn. Bhd.
  25. MOL AccessPortal Sdn. Bhd.
  26. MRuncit Commerce Sdn. Bhd.
  27. MyEG Alternative Payment Services Sdn Bhd
  28. Numoni DFS Sdn. Bhd. (formerly known as Com2U Sdn. Bhd.)
  29. PayPal Pte. Ltd.
  30. Petron Fuel International Sdn. Bhd.
  31. Presto Pay Sdn. Bhd. (formerly known as EPP Solution Sdn. Bhd.)
  32. qBayar Sdn. Bhd.
  33. Raffcomm Sdn. Bhd. 
  34. Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd.
  35. SiliconNet Technologies Sdn. Bhd.
  36. SMJ Teratai Sdn. Bhd.
  37. Touch ‘n Go Sdn. Bhd.
  38. TNG Digital Sdn. Bhd.
  39. U Mobile Services Sdn. Bhd.
  40. Valyou Sdn. Bhd.
  41. WeChat Pay Malaysia Sdn. Bhd.
  42. XOX Com Sdn. Bhd.

Apa Faedah guna e-wallet?

E-wallet ada banyak kelebihan ditawarkan kepada penggunanya:- Pertama, digitalisasi wang menawarkan beberapa faedah yang sedia ada: ia lebih selamat, mudah, dan mempercepat transaksi berbanding dengan tunai fizikal. Kedua, Urus niaga digital lebih dipercayai untuk dikesan (trace), yang mengurangkan kemungkinan penipuan. Selain itu, semua e-wallet memerlukan beberapa bentuk pengesahan sebelum pembayaran, oleh itu, walaupun seseorang mencuri telefon anda, mereka tidak boleh mencuri wang dalam aplikasi e-wallet anda. Ketiga, cashback segera, mata ganjaran, dan bahkan cabaran harian atau mingguan yang menghasilkan lebih banyak ganjaran apabila anda berjaya menyumpurnakan misi tersebut. Selamat berbelanja. Pos selanjutnya saya akan kongsikan pengalaman saya menggunakan beberapa e-wallet. Bye.

Sources:- Bank Negara Malaysia