Select Page
  1. Sejak 2 bulan kebelakangan ini, kita dapat merasai cuaca semakin panas dan kering ditambah pula dengan jerubu rentas sempadan yang kronik akibat pembakaran terbuka di negara jiran. Negeri Melaka adalah negeri yang paling terkesan dengan keadaan cuaca kering ini sehingga menyebabkan negeri ini mengalami krisis air yang semakin membimbangkan. Keadaan ini juga dirasai oleh penulis sendiri memandangkan penulis berasal daripada Melaka, menetap dan mencari rezeki di negeri ini.

Pelbagai usaha telah diambil termasuk melakukan pembenihan awan. Namun, pengakhirannya tetap bertawakal dan memohon kepada Allah SWT.

Penulis juga ingin memohon jasa baik pembaca-pembaca untuk sama-sama berdoa untuk rakyat Melaka. Antaranya dengan melakukan solat sunat Istisqa’ dan doa-doa mohon untuk diturunkan hujan oleh Allah SWT.

Cara Melaksanakan Solat Istisqa’.

  1. Boleh dilakukan secara sendirian.
  2. Lebih afdhal jika dilakukan secara berjamaah.
  3. Solat sunat ini dilakukan bagi tujuan meminta hujan. Jika tidak berkehendakan hujan maka hukumnya tidak harus dan tidak sah.

Persediaan Bagi Melaksanakan Solat Istisqa’.

Perlu menginsafi bahawa manusia tidak mempunyai upaya untuk menentukan sesuatu, kecuali dengan kehendak Allah SWT.

Oleh itu sebelum solat atau bermunajat kepada Allah SWT perlu membuat persediaan berikut, antaranya:

1. Seluruh penduduk diminta meninggalkan maksiat dan bertaubat kepada Allah SWT.

2. Seluruh penduduk dengan pakaian yang biasa atau sederhana diminta turut sama keluar beramai-ramai ke masjid atau tanah lapang bagi menunaikan solat secara berjamaah.

Kaifiat Solat Istisqa’.

  1. Dilakukan dua rakaat sama seperti solat fardhu atau solat sunat yang lain. untuk memulakan solat. 
  2. Disunatkan melaungkan الصلاة الجمعة .
  3. Lafaz niat solat istisqa’: أصلى سنة االستسقاء ركعتين (إماما/مأموما) لله تعالى
  4. Seperti solat hari raya, selepas membaca doa iftitah bertakbir sebanyak tujuh kali dengan diselangi bacaan tasbih bagi rekaat pertama dan lima kali takbir yang juga diselangi denga tasbih bagi rekaat kedua.

الله أكبر، سبحان الله والحمد لله ولا إله الله والله أكبر.

5. Imam sunat menyaringkan suara ketika membaca fatihah dan surah.

6. Selepas fatihah, membaca surah al-A’la bagi rakaat pertama dan surah al-Ghasyiah bagi rakaat kedua.

7. Selepas salam dan selesai solat, imam atau khatib disunatkan berkhutbah (membaca dua khutbah).

 

Umat Islam perlu melakukan Solat Istisqa’ dan mohon berdoa supaya Allah SWT menurunkan hujan. Selain itu amat penting kaum Muslimin bertaubat dan istighfar memohon kepada-Nya dengan ikhlas serta menjauhkan dosa dan maksiat agar Allah SWT mengurniakan kepada hambanya kasih sayang dan rahmat yang luas.

Doa mohon hujan:-

.والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

ٍsumber: JAIS, JAINS, Jab Mufti NS.