Select Page

SOALAN yang sering ditanya adalah, “Adakah perjanjian sewaan (Tenancy Agreement) penting? Adakah saya benar-benar memerlukan perjanjian sewaan apabila saya menyewakan harta saya? “

Walaupun perjanjian sewaan yang kuat dan jelas adalah sangat penting dalam mana-mana keadaan penyewaan, banyak pemilik-pemilik entah bagaimana tidak melihat kepentingan dokumen undang-undang ini.

Pemilik-pemilik hartanah dan penyewa korporat tidak akan pernah memasuki sebarang penyewaan tanpa perjanjian yang disediakan dengan baik. Walau bagaimanapun, ini tidak dikatakan terjadi di kalangan pemilik-pemilik dan penyewa-penyewa hartanah bukan korporat.

Ramai yang beranggapan bahawa masalah persediaan dan pelaksanaan perjanjian hanya tidak berbaloi dan melibatkan kos tambahan kepada mereka. Ada juga di kalangan mereka yang hanya menggunakan template yang hanya diperolehi melalui carian internet tanpa mendapatkan pandangan perundangan daripada mereka yang berkelayakan. Ramai di kalangan mereka hanya membuat perubahan minimum bagi menyuaikan dengan terma-terma mereka sendiri.

Oleh itu, banyak isu yang berbangkit tidak dapat diselesaikan oleh pemilik dan penyewa apabila berlaku sebarang konflik. kebanyakan klausa yang dinyatakan juga tidak dapat dikuatkuasakan memandangkan perjanjian sewaan itu secara keseluruhan adalah tidak sah.

Dalam kebanyakan kes, mereka mungkin terlepas daripada keadaan ini. Bagaimanapun, seperti yang saya nyatakan sebelum ini, apabila permasalahan bermula, perjanjian standard ini tidak akan mempu melindungi kepentingan anda secukupnya.

Walaupun difahami bahawa sesetengah orang mungkin tidak mahu memasuki kontrak secara formal, walau bagaimanapun, mereka seharusnya maklum bahawa apabila perselisihan berlaku, perjanjian sewaan adalah memainkan peranan yang besar untuk menyelesaikan kesalahpahaman dengan cara yang cepat dan cekap.

Oleh itu, walaupun anda merasakan bahawa harta (rumah dll) anda hanya mempunyai nilai kecil dan sewa tidak banyak, ia adalah penting untuk suatu perjanjian yang dipersetujui bersama dibuat.

Apabila anda membuat penyewaan dengan seseorang, anda pada asasnya membentuk hubungan sah dengan orang lain selama tempoh penyewaan.

Hubungan perundangan ini terikat untuk mempunyai pelbagai terma dan syarat yang menggariskan kewajipan dan tanggungjawab kedua-dua pihak. Perjanjian penyewaan hanya menetapkan kewajipan dan tanggungjawab tersebut.

Perjanjian penyewaan mewujudkan kontrak antara tuan tanah dan penyewa. Ia membolehkan penyewa tinggal di rumah untuk sepanjang tempoh penyewaan itu, selagi mana mereka membayar sewa dan mematuhi peraturan.

Penyewaan mungkin untuk tempoh tetap (untuk tempoh masa yang ditetapkan) atau tempoh berkala (mengikut bulan ke bulan).

Perjanjian sewaan akan dengan jelas menyatakan beberapa perkara:

  1. Butiran harta, alamat dan lain-lain;
  2. sewa bulanan;
  3. Deposit maintenance dan utiliti yang perlu dibayar;
  4. Terma penyewaan;
  5. Butiran kedua-dua tuan tanah dan penyewa;
  6. Pelanggaran terma sewaan;
  7. Obligasi tuan tanah dan penyewa;
  8. Kewajipan biasa;
  9. Klausa baru;
  10. Bagaimana sewa disemak, sama ada secara berkala atau apabila penyewaan dibaharui.

Perkara lain yang diketepikan oleh ramai orang adalah kepentingan perjanjian persetujuan untuk dimatikan setem. Untuk menjadikan sesuatu perjanjian itu sah sebagai dokumen undang-undang, adalah wajib untuk perjanjian itu dimatikan setem yang boleh dilakukan dengan mudah di mana-mana pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di negara ini. Duti setem penuh perlu dibayar pada salinan pertama perjanjian. Salinan seterusnya dikenakan pada RM10 setiap satu.

Atas alasan keselamatan, anda patut membuat tiga salinan perjanjian – satu salinan untuk tuan rumah, satu untuk penyewa dan yang ketiga disimpan dengan aman oleh ejen harta tanah.

Seorang tuan tanah yang tidak mahu melabur pada perjanjian sewaan hanyalah Untung Secupak Rugi Segantang, penny wise, pound foolish.

Sebagai pemilik hartanah, anda seharusny bangga kerana anda baru sahaja menyewa hartanah anda dan membuat pelaburan untuk anda. Sekarang lakukan perkara yang betul dan dapatkannya secara formal dalam kontrak yang sah.

Bagi mendapatkan contoh perjanjian sewaan, sila lawati link berikut:-

Versi Bahasa Melayu (pdf locked)

Versi Bahasa Inggeris (pdf locked)

Untuk mendapatkan khidmat saya sila hubungi saya di ruangan Contact Me.

[contact-form-7 id=”50″ title=”Contact form 1″]