Select Page

Panduan Solat Tarawih

Setiap tahun, kita umat Islam berpuasa dalam bulan Ramadhan yang mulia. Selama itulah juga kita dapati di mana-mana saja dalam kelompok masyarakat Islam di Malaysia memeriahkan malam-malam bulan yang mulia ini dengan ibadat sembahyang sunat Tarawih, sunat Witir, tadarus al-Quran dan lain-lain amal kebajikan.

Oleh itu supaya kita sama-sama dapat menghidup dan memeriahkan malam-malam yang mulia bagi tahun ini, dengan tujuan mencapai keredhaan Allah SWT dan kelebihan beribadat di malam “Lailatul Qadr” seperti yang jelas dari fi rman Allah SWT pada ayat 3, surah al-Qadr yang bermaksud: “Malam Lailatul Qadr itu lebih baik dari seribu bulan yang lain” dan sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW dalam hadithnya yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud: “Barang siapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu”, maka eloklah kita mengetahui atau mengulangi kembali cara-cara sembahyang sunat Tarawih dan Witir supaya kedatangan Ramadhan tahun ini lebih berguna dan bermanfaat untuk kita.

Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia juga telah mengeluarkan Panduan Solat Tarawih yang boleh dimuat turun di bawah.

Selamat menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak. 

#stayhome

#kitajagakita

 

APA ITU E-WALLET?

E-wallet (Bahasa Melayu Baku : E-dompet) telah berkembang pesat di Malaysia sejak beberapa tahun lepas dan dengan lebih 40 lesen e-wallet yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia setakat ini. Oleh kerana e-wallet menjadi lebih diterima secara meluas di kedai-kedai runcit, kedai F & B, pasar raya, dan juga vendor kecil di seluruh negara, nampaknya seperti dompet-dompet bergerak ini akan menjadi landskap utama pembayaran negara. Jadi, jika anda belum lagi menggunakan e-wallet, atau masih mempunyai keraguan tentangnya, inilah penerangan asas untuk memberi kefahaman kepada anda.

Apa itu e-wallet?

E-wallet sebenarnya bertindak seperti bagaimana dompet biasa, kecuali duitnya ada berbentuk digital dan e-wallet wujud sebagai aplikasi dalam telefon bimbit anda. Sama seperti dompet biasa, anda perlu memasukkan dana (top up/reload) ke dalam dompet anda. Kebanyakan penyedia perkhidmatan e-wallet ini memberi kemudahan untuk top up melalui perbankan dalam talian, kad debit dan kad kredit. Kalau nak lebih mudah (tapi berisiko-duit lagi laju keluar, kah!) tambatkan (link) sahaja kad bank anda untuk reload secara automatik. Sebaik sahaja anda mempunyai wang dalam e-wallet anda, anda boleh menggunakannya untuk membayar pada pedagang dengan pelbagai cara termasuk mengimbas kod QR atau “sentuh dan bayar” (tap and pay) dengan fungsi NFC telefon. Kebanyakan e-wallet juga membolehkan anda dengan segera memindahkan wang kepada rakan-rakan yang menggunakan e-wallet terus ke dalam aplikasi.

Anda pasti selalu dengar e-wallet yang  popular seperti GrabPay, Boost, dan Touch ‘n Go eWallet. Tetapi, adakah anda tahu bahawa terdapat sejumlah 46 penerbit e-money rasmi yang dikawal oleh Bank Negara Malaysia? Daripada 46 pengeluar e-wallet ini, hanya 5 daripada mereka bank – selebihnya adalah semua organisasi bukan bank.

Banks

  1. AmBank (M) Berhad
  2. Bank of China (M) Berhad
  3. CIMB Bank Berhad
  4. Malayan Banking Berhad
  5. RHB Bank Berhad

Non-banks

  1. AEON Credit Services (M) Berhad
  2. AirPay Malaysia Sdn. Bhd.
  3. Alipay Malaysia Sdn. Bhd. (formerly known as helloPay Malaysia Sdn. Bhd.)
  4. Axiata Digital eCode Sdn. Bhd.
  5. Bandar Utama City Centre Sdn. Bhd.
  6. BigPay Malaysia Sdn. Bhd.
  7. Chevron Malaysia Limited
  8. DIV Services Sdn. Bhd. (formerly known as ePetrol Services Sdn. Bhd.)
  9. Fass Payment Solutions Sdn. Bhd.
  10. Finexus Cards Sdn. Bhd. (formerly known as MAA Cards Sdn. Bhd.)
  11. Fullrich Malaysia Sdn Bhd
  12. Gkash Sdn. Bhd.
  13. Google Payment Malaysia Sdn. Bhd. 
  14. GPay Network (M) Sdn. Bhd.
  15. Instapay Technologies Sdn. Bhd.
  16. iPay88 (M) Sdn. Bhd.
  17. I-Serve Payment Gateway Sdn. Bhd.
  18. JuruQuest Consulting Sdn. Bhd.
  19. KiplePay Sdn. Bhd. (formerly known as Webonline Dot Com Sdn. Bhd.)
  20. ManagePay Services Sdn. Bhd.
  21. Maxis Broadband Sdn. Bhd.
  22. Merchantrade Asia Sdn. Bhd.
  23. Mobile Money International Sdn. Bhd.
  24. MobilityOne Sdn. Bhd.
  25. MOL AccessPortal Sdn. Bhd.
  26. MRuncit Commerce Sdn. Bhd.
  27. MyEG Alternative Payment Services Sdn Bhd
  28. Numoni DFS Sdn. Bhd. (formerly known as Com2U Sdn. Bhd.)
  29. PayPal Pte. Ltd.
  30. Petron Fuel International Sdn. Bhd.
  31. Presto Pay Sdn. Bhd. (formerly known as EPP Solution Sdn. Bhd.)
  32. qBayar Sdn. Bhd.
  33. Raffcomm Sdn. Bhd. 
  34. Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd.
  35. SiliconNet Technologies Sdn. Bhd.
  36. SMJ Teratai Sdn. Bhd.
  37. Touch ‘n Go Sdn. Bhd.
  38. TNG Digital Sdn. Bhd.
  39. U Mobile Services Sdn. Bhd.
  40. Valyou Sdn. Bhd.
  41. WeChat Pay Malaysia Sdn. Bhd.
  42. XOX Com Sdn. Bhd.

Apa Faedah guna e-wallet?

E-wallet ada banyak kelebihan ditawarkan kepada penggunanya:- Pertama, digitalisasi wang menawarkan beberapa faedah yang sedia ada: ia lebih selamat, mudah, dan mempercepat transaksi berbanding dengan tunai fizikal. Kedua, Urus niaga digital lebih dipercayai untuk dikesan (trace), yang mengurangkan kemungkinan penipuan. Selain itu, semua e-wallet memerlukan beberapa bentuk pengesahan sebelum pembayaran, oleh itu, walaupun seseorang mencuri telefon anda, mereka tidak boleh mencuri wang dalam aplikasi e-wallet anda. Ketiga, cashback segera, mata ganjaran, dan bahkan cabaran harian atau mingguan yang menghasilkan lebih banyak ganjaran apabila anda berjaya menyumpurnakan misi tersebut. Selamat berbelanja. Pos selanjutnya saya akan kongsikan pengalaman saya menggunakan beberapa e-wallet. Bye.

Sources:- Bank Negara Malaysia

Solat Istisqa’ & Doa Mohon Diturunkan Hujan

Solat Istisqa’ & Doa Mohon Diturunkan Hujan

  1. Sejak 2 bulan kebelakangan ini, kita dapat merasai cuaca semakin panas dan kering ditambah pula dengan jerubu rentas sempadan yang kronik akibat pembakaran terbuka di negara jiran. Negeri Melaka adalah negeri yang paling terkesan dengan keadaan cuaca kering ini sehingga menyebabkan negeri ini mengalami krisis air yang semakin membimbangkan. Keadaan ini juga dirasai oleh penulis sendiri memandangkan penulis berasal daripada Melaka, menetap dan mencari rezeki di negeri ini.

Pelbagai usaha telah diambil termasuk melakukan pembenihan awan. Namun, pengakhirannya tetap bertawakal dan memohon kepada Allah SWT.

Penulis juga ingin memohon jasa baik pembaca-pembaca untuk sama-sama berdoa untuk rakyat Melaka. Antaranya dengan melakukan solat sunat Istisqa’ dan doa-doa mohon untuk diturunkan hujan oleh Allah SWT.

Cara Melaksanakan Solat Istisqa’.

  1. Boleh dilakukan secara sendirian.
  2. Lebih afdhal jika dilakukan secara berjamaah.
  3. Solat sunat ini dilakukan bagi tujuan meminta hujan. Jika tidak berkehendakan hujan maka hukumnya tidak harus dan tidak sah.

Persediaan Bagi Melaksanakan Solat Istisqa’.

Perlu menginsafi bahawa manusia tidak mempunyai upaya untuk menentukan sesuatu, kecuali dengan kehendak Allah SWT.

Oleh itu sebelum solat atau bermunajat kepada Allah SWT perlu membuat persediaan berikut, antaranya:

1. Seluruh penduduk diminta meninggalkan maksiat dan bertaubat kepada Allah SWT.

2. Seluruh penduduk dengan pakaian yang biasa atau sederhana diminta turut sama keluar beramai-ramai ke masjid atau tanah lapang bagi menunaikan solat secara berjamaah.

Kaifiat Solat Istisqa’.

  1. Dilakukan dua rakaat sama seperti solat fardhu atau solat sunat yang lain. untuk memulakan solat. 
  2. Disunatkan melaungkan الصلاة الجمعة .
  3. Lafaz niat solat istisqa’: أصلى سنة االستسقاء ركعتين (إماما/مأموما) لله تعالى
  4. Seperti solat hari raya, selepas membaca doa iftitah bertakbir sebanyak tujuh kali dengan diselangi bacaan tasbih bagi rekaat pertama dan lima kali takbir yang juga diselangi denga tasbih bagi rekaat kedua.

الله أكبر، سبحان الله والحمد لله ولا إله الله والله أكبر.

5. Imam sunat menyaringkan suara ketika membaca fatihah dan surah.

6. Selepas fatihah, membaca surah al-A’la bagi rakaat pertama dan surah al-Ghasyiah bagi rakaat kedua.

7. Selepas salam dan selesai solat, imam atau khatib disunatkan berkhutbah (membaca dua khutbah).

 

Umat Islam perlu melakukan Solat Istisqa’ dan mohon berdoa supaya Allah SWT menurunkan hujan. Selain itu amat penting kaum Muslimin bertaubat dan istighfar memohon kepada-Nya dengan ikhlas serta menjauhkan dosa dan maksiat agar Allah SWT mengurniakan kepada hambanya kasih sayang dan rahmat yang luas.

Doa mohon hujan:-

.والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

ٍsumber: JAIS, JAINS, Jab Mufti NS. 

Types of employment

A contract of employment could be any one of three major categories as follows:-

  1. Regular or permanent contract of employment;
  2. Fixed term contract or temporary contract; and
  3. Casual contract of employment (from day to day).

Further discussion will be in next post.